17 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS.
Anda diminta bersedia untuk peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula pada 24 Mei 2010. Soalan yang akan diuji ialah semua tajuk bagi kertas 1 kecuali tajuk dasar dalam negara.

Bagi kertas 2 sila baca semua tajuk pembentangan, dan cuba ulangkaji bahagian E.

PENGENALAN PENGAJIAN AM 2

PENGAJIAN AM 2
Kertas 2: Esei (3 jam)

Kertas ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, Bahagian A, B, C, D, dan E. Calon dikehendaki menjawab enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan daripada Bahagian C.

Bahagian A (25 markah)
Dua tajuk karangan disiplin sastera akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Bidang ilmu yang biasa disoal ialah Sains Sosial − sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi, dan alam sekitar. Manakala bagi kemanusian pula terdiri daripada − sejarah, falsafah, keagamaan, kebudayaan, sukan, bahasa dan linguistik, perundangan, kesusasteraan, dan peradaban.

Bahagian B (25 markah)
Dua tajuk karangan disiplin sains akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Bidang ilmu yang biasa disoal ialah fizik, kimia, biologi, dan matematik, kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan, dan alam sekitar− pencegahan, perawatan dan pengesanan

Bahagian C (20 markah)
Bahagian ini mengemukakan empat petikan teks yang terdiri daripada dua petikan disiplin sastera dan dua petikan disiplin sains. Calon dikehendaki menjawab soalan kefahaman dan ulasan berdasarkan satu petikan teks bagi setiap disiplin.

Bahagian D (15 markah)
Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks linear. Calon dikehendaki mengalih bentuk daripada linear kepada bukan linear. Media yang terlibat ialah jadual, graf bar (mudah,komponen, kompaun),graf garisan(mudah, berbilang, bertingkat),carta pai(mudah, berbanding, silinder) dan piktograf.

Bahagian E (15 markah)
Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks bukan linear, dan calon dikehendaki mengalih bentuk kepada linear.

MATLAMAT PEMBELAJARAN PENGAJIAN AM

Matlamat Mata Pelajaran Pengajian Am
Matlamat sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk melahirkan pelajar prauniversiti yang berfikiran matang dan bermaklumat serta berupaya menyampaikannya secara berkesan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif
Objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina :

(a) kemahiran mengeluarkan fikiran yang logik, teratur, dan berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi,

(b) kebolehan memahami dan mengulas teks linear secara kritis dan objektif,

(c) kebolehan mentafsir dan menganalisis pelbagai bentuk teks linear dan bukan linear,

(d) kefahaman dan penghayatan tentang kenegaraan Malaysia dari perspektif sejarah dan semasa,

(e) keprihatinan terhadap perkembangan pembangunan negara, dasar-dasar negara, dan isu-isu semasa,

(f) kebolehan memahami dan menghayati saling kaitan pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman.

16 Mei 2010

FORMAT PEMBENTANGAN PA2

FORMAT PEMBENTANGAN
PENGAJIAN AM 2

BAGI SETIAP TAJUK YANG DIBERIKAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBUAT 2 TUGASAN :

1. TUGASAN INDIVIDU
a) Rangka Esei (setiap pelajar boleh menyatakan isi yang sama tetapi contoh dan huraian berlainan.

2. TUGASAN KUMPULAN
a) Pembentangan secara berkumpulan.
b) Penulisan Esei (esei penuh 250-300 p.p)

FORMAT

1. MUKA DEPAN-mengandungi tajuk pembentangan, nama ahli kumpulan, nama pensyarah.

2. SOALAN-soalan yang diberikan oleh guru. Nyatakan kehendak soalan.

3. PENDAHULUAN-definisi, maksud bdan sebagainya.

4. ISI-ISI-mengikut kehendak soalan. Dalam isi mesti ada bukti,contoh dan huraian. Sekurang-kurangnya 6 isi.

5. KESIMPULAN

6. BAHAN TAMBAHAN-jika soalan mahu pelajar menyenaraikan punca dan langkah-langkah jadi pelajar perlu menyenaraikan kesan-kesan atau sebaliknya.

7. SUMBER-sila catatkan dari mana maklumat diperolehi dan tarikh/keluaran. Contoh akhbar, majalah, jurnal, internet dan sebagainya.

8. LAMPIRAN-apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk.