17 Mei 2010

PENGENALAN PENGAJIAN AM 2

PENGAJIAN AM 2
Kertas 2: Esei (3 jam)

Kertas ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, Bahagian A, B, C, D, dan E. Calon dikehendaki menjawab enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan daripada Bahagian C.

Bahagian A (25 markah)
Dua tajuk karangan disiplin sastera akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Bidang ilmu yang biasa disoal ialah Sains Sosial − sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi, dan alam sekitar. Manakala bagi kemanusian pula terdiri daripada − sejarah, falsafah, keagamaan, kebudayaan, sukan, bahasa dan linguistik, perundangan, kesusasteraan, dan peradaban.

Bahagian B (25 markah)
Dua tajuk karangan disiplin sains akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Bidang ilmu yang biasa disoal ialah fizik, kimia, biologi, dan matematik, kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan, dan alam sekitar− pencegahan, perawatan dan pengesanan

Bahagian C (20 markah)
Bahagian ini mengemukakan empat petikan teks yang terdiri daripada dua petikan disiplin sastera dan dua petikan disiplin sains. Calon dikehendaki menjawab soalan kefahaman dan ulasan berdasarkan satu petikan teks bagi setiap disiplin.

Bahagian D (15 markah)
Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks linear. Calon dikehendaki mengalih bentuk daripada linear kepada bukan linear. Media yang terlibat ialah jadual, graf bar (mudah,komponen, kompaun),graf garisan(mudah, berbilang, bertingkat),carta pai(mudah, berbanding, silinder) dan piktograf.

Bahagian E (15 markah)
Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks bukan linear, dan calon dikehendaki mengalih bentuk kepada linear.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan