19 Februari 2011

KEPUTUSAN STPM 2010

Keputusan peperiksaan STPM akan diumumkan pada 21.2.2011. Semoga semua anak didik saya berjaya dengan cemerlang. Sama-samalah kita berdoa. Jumpa di dewan besar pada pukul 12.00 tengahari.

18 Februari 2011

TAJUK PEMBENTANGAN 2011-PUSINGAN 1

TAJUK PEMBENTANGAN
PENGAJIAN AM 2
6 ATAS 2011

LARAS SASTERA
1. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan pernyataan ini.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 28/2/2011

2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 7/3/2011

3. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH : 21/3/2011

4. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun , pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 28/3/2011

5. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia adalah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 4/4/2011

LARAS SAINS
1. Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan kesan sampingan . Jelaskan pernyataan ini.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 28/2/2011

2. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan pernyataan ini.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 7/3/2011

3. Kawasan tanah bencah (wetlands) sangat penting kepada alam sekitar. Bincangkan pernyataan ini.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 21/3/2011

4. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan yang memudaratkan. Bincangkan pernyataan ini.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 28/3/2011

5. Nuklear biasanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kecelakaan, namun hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.
PEMBENTANG :............................................. TARIKH: 4/4/2011

17 Mei 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS.
Anda diminta bersedia untuk peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula pada 24 Mei 2010. Soalan yang akan diuji ialah semua tajuk bagi kertas 1 kecuali tajuk dasar dalam negara.

Bagi kertas 2 sila baca semua tajuk pembentangan, dan cuba ulangkaji bahagian E.

PENGENALAN PENGAJIAN AM 2

PENGAJIAN AM 2
Kertas 2: Esei (3 jam)

Kertas ini terdiri daripada lima bahagian iaitu, Bahagian A, B, C, D, dan E. Calon dikehendaki menjawab enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan daripada Bahagian C.

Bahagian A (25 markah)
Dua tajuk karangan disiplin sastera akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Bidang ilmu yang biasa disoal ialah Sains Sosial − sosiologi, antropologi, pendidikan, politik, ekonomi, psikologi, geografi, pelancongan, komunikasi, dan alam sekitar. Manakala bagi kemanusian pula terdiri daripada − sejarah, falsafah, keagamaan, kebudayaan, sukan, bahasa dan linguistik, perundangan, kesusasteraan, dan peradaban.

Bahagian B (25 markah)
Dua tajuk karangan disiplin sains akan dikemukakan. Calon dikehendaki menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Bidang ilmu yang biasa disoal ialah fizik, kimia, biologi, dan matematik, kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan, dan alam sekitar− pencegahan, perawatan dan pengesanan

Bahagian C (20 markah)
Bahagian ini mengemukakan empat petikan teks yang terdiri daripada dua petikan disiplin sastera dan dua petikan disiplin sains. Calon dikehendaki menjawab soalan kefahaman dan ulasan berdasarkan satu petikan teks bagi setiap disiplin.

Bahagian D (15 markah)
Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks linear. Calon dikehendaki mengalih bentuk daripada linear kepada bukan linear. Media yang terlibat ialah jadual, graf bar (mudah,komponen, kompaun),graf garisan(mudah, berbilang, bertingkat),carta pai(mudah, berbanding, silinder) dan piktograf.

Bahagian E (15 markah)
Bahagian ini mengemukakan dua soalan yang terdiri daripada teks bukan linear, dan calon dikehendaki mengalih bentuk kepada linear.

MATLAMAT PEMBELAJARAN PENGAJIAN AM

Matlamat Mata Pelajaran Pengajian Am
Matlamat sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk melahirkan pelajar prauniversiti yang berfikiran matang dan bermaklumat serta berupaya menyampaikannya secara berkesan sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif
Objektif sukatan pelajaran Pengajian Am adalah untuk membina :

(a) kemahiran mengeluarkan fikiran yang logik, teratur, dan berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi,

(b) kebolehan memahami dan mengulas teks linear secara kritis dan objektif,

(c) kebolehan mentafsir dan menganalisis pelbagai bentuk teks linear dan bukan linear,

(d) kefahaman dan penghayatan tentang kenegaraan Malaysia dari perspektif sejarah dan semasa,

(e) keprihatinan terhadap perkembangan pembangunan negara, dasar-dasar negara, dan isu-isu semasa,

(f) kebolehan memahami dan menghayati saling kaitan pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman.

16 Mei 2010

FORMAT PEMBENTANGAN PA2

FORMAT PEMBENTANGAN
PENGAJIAN AM 2

BAGI SETIAP TAJUK YANG DIBERIKAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBUAT 2 TUGASAN :

1. TUGASAN INDIVIDU
a) Rangka Esei (setiap pelajar boleh menyatakan isi yang sama tetapi contoh dan huraian berlainan.

2. TUGASAN KUMPULAN
a) Pembentangan secara berkumpulan.
b) Penulisan Esei (esei penuh 250-300 p.p)

FORMAT

1. MUKA DEPAN-mengandungi tajuk pembentangan, nama ahli kumpulan, nama pensyarah.

2. SOALAN-soalan yang diberikan oleh guru. Nyatakan kehendak soalan.

3. PENDAHULUAN-definisi, maksud bdan sebagainya.

4. ISI-ISI-mengikut kehendak soalan. Dalam isi mesti ada bukti,contoh dan huraian. Sekurang-kurangnya 6 isi.

5. KESIMPULAN

6. BAHAN TAMBAHAN-jika soalan mahu pelajar menyenaraikan punca dan langkah-langkah jadi pelajar perlu menyenaraikan kesan-kesan atau sebaliknya.

7. SUMBER-sila catatkan dari mana maklumat diperolehi dan tarikh/keluaran. Contoh akhbar, majalah, jurnal, internet dan sebagainya.

8. LAMPIRAN-apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk.

15 Mei 2010

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU

Kepada semua pelajar lower 6 diucapkan selamat datang. Semoga berjaya di Seri Ampang.

TAJUK PEMBENTANGAN 6AJ

TAJUK PEMBENTANGAN
PENGAJIAN AM 2
6 ATAS 2010

LARAS SASTERA
1. Pelbagai faktor telah dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini.
Huraikan.
PEMBENTANG Elfina DAN Asyikin TARIKH 30/4/2010

2. Masalah pembuangan bayi semakin hari semakin membimbangkan masyarakat. Bincangkan apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan kesannya akibat daripada tindakan tersebut.
PEMBENTANG Lela DAN Anthon TARIKH 21/6/2010

LARAS SAINS
1. Kebelakangan ini jangkitan penyakit dikalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan, terutamanya di negara-negara mundur. Justeru pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.
PEMBENTANG Khausi DAN Risna TARIKH 3/5/2010

2. Penambakann laut membawa perubahann kepada landskap sesebuah negara. Penambakan ini jika tidak terkawal akan membawa kesan buruk kepada manusia. Sejauh manakah anda bersetuju penambakan laut membawa keburukan kepada manusia dan persekitaran?
PEMBENTANG Salam DAN Azika TARIKH 28/6/2010

3. Berdasarkan kajian Panel Mengenai Perubahan Cuaca antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(IPCC), purata suhu global akan meningkat 1.5˚C hingga 4.0˚C dalam abad ini. Pamanasan global ini membawa malapetaka kepada manusia.
Bincangkan punca dan kesan pamanasan global kepada manusia.
PEMBENTANG vicky TARIKH 31/5/2010

15 November 2009

Salam Permulaan,
Dengan nama Allah,
Semoga dengan adanya blog ini akan memberikan manfaat kepada semua palajar yang mengambil kertas Pengajian Am.amin